Kelakar gila bila baca balik post yg lama. Aku macam "weh bila aku post ni weh. Aku kena hack ke?".. Spesis takleh terima realiti kehidupan mmg macamtu gayanya. Aku yg duk baca pun rasa nk masuk balik perut mak malu punya pasal apatah lagi korang kan. Kalau boleh korang nak pang aku guna selipar flipper berat kot.. Hahaha tapi aku sayang nk delete. Sebab err sebab sayang nak delete la tak tau sebab. Hahaha k ayat terabur. K chow dulu.
Assalammualaikum..
Dah baca tajuk tu jangan nak judge pulak sebelum faham betul betul cite aku ni...
ceritanya macamni . . .
Pagi tadi aku tengah duk usha2 fb then tiba tiba adela call dari private number masuk then aku pun jawablah kan..
Dialog dia camni lah lebih kurang....
Aku : . . .
Dia : Hello Assalamualaikum incik.
Aku : Waalaikumussalam.
Dia : Saya *x ingat nama* dari syarikat Power Root sdn bhd telah mngadakan cabutan nombor simkad bertuah dan syukur Alhamdulillah nombor incik merupakan pemenangnya.
Aku : emm
Dia : Alhamdulillah nombor incik telah mmnngi tempat ketiga dan brjaya memenangi rm 9k
Aku : emm ( dalam hati penipu punya olanh sihh )
Dia : sekarang tinggal incik mesej kan nama penuh cik berserta alamat rumah blablablabla *x ingat* incik ke nombor ini.
Aku : emm
Dia : encik taip ye nombor yg saya nk kasi ni dgn ini wang rm9k itu dpt disalurkan.. 012-blablabla *aq x ingat sbb aq x type pun*
Aku : emm emm emm emm *konon konon tengah type*
Dia : cuba incik ulang supaya tidak berlaku kesilapan.
Aku : eh takpelah kbye..
hahaha. so macam tu lah citenye.. Awal awal dah memang aq x caya dia tu dari power root pasai cara dia cakap ada unsur indon2 sikit. Bukan nak burukkan indon just dia punya cara bercakap tu memang ade indon. i knowla sebab aq selalu gak layan cite indon..
so silalah beware semua orang yerr.. Aq kalau ikutkan jadi jutawan dah kot sebab dari SHELL aq prnh mng rm20k.. tu pun banyak kali aq menang rm20k kat SHELL... kalaulah semua ni kenyataan betapa ku takkan berduka nestapa menghadapi hari hari mendatang...
p/s : jangan suka suki kasi korang punya maklumat kat orang yg x dipercayai.
choww Assalamualaikum
Assalammualaikum :)
Halu halu halu. Apa khabar rakyat jelata? Sihat dak?..
Selamat tahun baru uolls.. Sorry la , aku tahu aku ni mundur semundur mundurnya dalam era maju ni . Gua tarak kisah lu mau bilang gua lombab ke tak up to date langsung ke dah nak masuk bulan 2 baru nak update blog eiuuww dah lapuk ditelan zaman kott *mata ke atas* ke Gua tarak kisah punya eyy yang pasti gua nak jugak ucap happy new year jugak kat hangpa semua ..
Selamat datang 2014 Goodbye 2013 . Hemmm aku sebenarnya rindu gile tahun 2013 . Banyak memories pahit manis masin kelat payau haktuih semua ada masa 2013 . 2013 tahun last aku belajar kat sekolah . Aku dah habis spm . Aku dah tak sekolah . Aku rindu kawan . Aku rindu cikgu . Aku rindu jamban . Aku rindu kantin . Aku rindu sukan . Aku rindu ehemm besties aku 3 orang tu *mohon tak kembang semangkuk* haha . And very the very the important facts is aku rindu gossip . Omg meen tak baik tau gossip lagu tu hang tau ke dak yang gossiping tu berdosa? Opss .
Banyak dok "Aku rindu" tu? Banyak kan. So kerja sekolah korang untuk harini , sila jadikan ayat tunggal 'aku rindu blablabla' tu sebagai ayat majmuk . Pepandai korang lah nak majmuk lagu mana . Cheq taktau pape.
Sementara korang siapkan homework tu , akak mintak izin nak menghilangkan diri sekejap je ye *kepala lutut ko nak hilangkan diri sekejap meen. Sekejap ko tu berbulan bulan tau dak*.. Erghh whatever --"
Itsokeyitsokey keep calm and always love me to the max k? Harharrrrr :)
Chowwwwwwww.
Assalammualaikum.
Nanti aq update lagi.
Salam Aidilfitri semua!
Assalamualaikum :)
Halluuu ebelibody *dush kena tendang* cedih ;(
Alhamdulillah harini dah cukup seminggu kita puasa. Sekejap je masa berlalu kan? Sempena dengan ramadhan al mubarak ni aku nak susun sepuluh jari memohon kemaafan kalau ada aku sakitkan hati korang dalam keasyikan daku tokan tokan keyboard ni.
Aku rasa mesti korang ada je kenangan puasa zaman korang notty notty dulu kan? Aku pun ada jugak kenangan tu..
Aku ingat lagi waktu aku darjah berapa entah , aku selalu je minum air paip dalam toilet.. Waktu tu otak senteng sikit takleh nak fikir air tu tak tapis elok elok.. Sekarang ni bila ingat balik pernah ada air paip dari toilet tergolek golek riang dalam perut aku ni rasa macam nak muntah balik je.. Insaf wehh.. Bila fikir balik yang aku duk syok meneguk air ibarat meneguk air laicikang semangkuk dua kupang dalam toilet tu macam kenyang je jadinya. Dengar ni adik adik sekalian! Minum air paip dalam toilet langsung tak mengenyangkan perut okey.. Lagi kau rasa lapar adela. So kepada adik adik di luar sana yang selalu curi curi minum air dalam toilet tu segeralah korang insaf. Percayalah kata orang tua yang dah terlebih makan garam ni..
K lah. Aku chow dulu.
Assalamualaikum :)