// Ze Queen Is Here //


Dashboard | +Follow

Salam Ramadhan :)
Tuesday, 16 July 2013 | 04:14 | 0comments

Assalamualaikum :)

Halluuu ebelibody *dush kena tendang* cedih ;(
Alhamdulillah harini dah cukup seminggu kita puasa. Sekejap je masa berlalu kan? Sempena dengan ramadhan al mubarak ni aku nak susun sepuluh jari memohon kemaafan kalau ada aku sakitkan hati korang dalam keasyikan daku tokan tokan keyboard ni.

Aku rasa mesti korang ada je kenangan puasa zaman korang notty notty dulu kan? Aku pun ada jugak kenangan tu..

Aku ingat lagi waktu aku darjah berapa entah , aku selalu je minum air paip dalam toilet.. Waktu tu otak senteng sikit takleh nak fikir air tu tak tapis elok elok.. Sekarang ni bila ingat balik pernah ada air paip dari toilet tergolek golek riang dalam perut aku ni rasa macam nak muntah balik je.. Insaf wehh.. Bila fikir balik yang aku duk syok meneguk air ibarat meneguk air laicikang semangkuk dua kupang dalam toilet tu macam kenyang je jadinya. Dengar ni adik adik sekalian! Minum air paip dalam toilet langsung tak mengenyangkan perut okey.. Lagi kau rasa lapar adela. So kepada adik adik di luar sana yang selalu curi curi minum air dalam toilet tu segeralah korang insaf. Percayalah kata orang tua yang dah terlebih makan garam ni..
K lah. Aku chow dulu.

Assalamualaikum :)


Older Post | Newer Post